Wednesday, February 11, 2009

Assalamualaikum kepada semua, moga di rahmati Allah selalu....

Kami, pihak pengurusan RPHK ( Rumah Penyayang Hembusan Kasturi) amat berbesar hati dan bersyukur kepada Allah SWT sehingga ke hari ini hampir setahun usia RPHK, sudah dapat menyelesaikan banyak masalah anak-anak miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal serta keluarga yang bermasalah hasil bantuan dan sokongan dari syarikat-syarikat korporat, individu yang perihatin dan tidak ketinggalan beberapa agensi kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri yang sangat memberi kerjasama. 

Di antara masalah yang dapat pihak RPHK selesaikan antaranya:

1) Ada di kalangan anak-anak yang tidak dapat bersekolah lantaran kemiskinan telah dapat menjalani alam persekolahan sepertibiasa walaupun urusan tersebut memerlukan pihak pengurusan terpaksa turun naik pejabat pendidikan daerah Klang. 

2) RPHK carikan sponsor untuk memulakan alam persekolahan sesi 2009 yang baru ini dengan memberikan setiap seorang lebihkurang RM300.00 termasuk bantuan pakaian sekolah, beg sekolah termasuk buku dan peralatan sekolah serta yuran sekolah. Lebihkurang 20 orang anak-anak yang memulakan sesi persekolahan 2009 yang mendapat bantuan dari RPHK.

3) Membantu/menyara keperluan beberapa orang ibu tunggal samada yang kematian suami mahupun yang bercerai dengan suaminya.

4) RPHK juga bekerjasama dengan sebuah tadika/taska dan  menaja 7 orang anak-anak yang miskin dan anak yatim yang tidak mampu membayar yuran tadika/taska. 

5) Memberi bantuan secara bulanan kepada beberapa buah keluarga yang bermasalah, antaranya sebuah keluarga yang mempunyai 8 orang anak-anak yang masih bersekolah tetapi ayahnya lumpuh lantaran kemalangan jalanraya. 

6) Menyediakan penempatan asrama untuk anak-anak yatim dan miskin yang berumur sekitar 7 hingga 12 tahun serta menguruskan persekolahan mereka setiap hari.

7) Menyediakan kelas tuisyen dan kelas KAFA untuk anak-anak di asrama setiap hari termasuk hujung minggu.

Itulah diantara beberapa masalah yang telah dapat diselesaikan oleh pihak pengurusan RPHK sejak awal tahun 2009 ini dan kami bercadang untuk membuat banyak lagi aktiviti yang bermanfaat untuk golongan yang kurang mampu ini.

Pencapaian RPHK setakat ini.......

Alhamdulillah, dengan sokongan dan bantuan yang diterima RPHK telah berjaya mengubahsuai dan membesarkan ruang asrama anak-anak dan kini mereka dapat menjalani kehidupan di asrama yang lebih luas dan selesa. Di harapkan agar semua pihak dapat memberi sokongan moral dan sumbangan kewangan serta apajua yang boleh disumbangkan demi keselesaan anak-anak yang amat memerlukan bantuan kita semua. Agar mereka dapat  menjalani kehidupan yang lebih selesa serta dapat menjalani ibadah yang selama ini tidak pernah mereka dapatkannya lantaran kehidupan keluarga mereka yang  sangat dhaif. Moga-moga anak-anak ini dapat kita kenalkan dan dekatkan kepada Tuhan Yang Maha Baik kerana dengan  RahmatNya dapat memberikan keselesaan kepada mereka. Hasil dari kajian kami, ramai di kalangan anak-anak yang kami ambil dari keluarga yang bermasalah ini, walaupun usianya dah hampir baligh, namun mereka tidak tahu mengaji, tidak tahu sembahyang dan hal-hal yang berkaitan dengan fardhu ain yang sepatutnya telah ditekankan sejak berumur 7 tahun lagi. 

Apa yang RPHK harapkan....

1) Kami sangat memerlukan lagi bantuan-bantuan berikut untuk menyiapkan asrama lelaki ( yang dibuat daripada kabin)

*  katil berserta tilam dan bantal                 
*  almari pakaian
*  almari buku
*  mesin basuh
*  peralatan bilik tuisyen spt meja dan kerusi, papan putih, kipas angin serta komputer


2)  Kami sangat memerlukan staf sepenuh masa di antaranya warden lelaki, pemandu van sekolah serta tukang masak (muslimah). Ketiadaan warden lelaki menyebabkan permintaan untuk anak-anak lelaki memasuki asrama terpaksa kami tangguhkan waktu ini.  Justeru itu kami sangat berharap agar ada yang sudi untuk menawarkan diri bekerja dengan pihak RPHK.


Moga apa jua yang kita lakukan akan mendapat nilaian di sisi Allah SWT. Yang  paling penting Allah suka kita dapat memberi manafaat kepada manusia yang lain. Walaupun tidak banyak yang boleh kita lakukan, namun usaha yang sedikit yang disertai dengan niat kerana Allah itulah yang paling utama. Moga Allah jua yang akan membalas segala kebaikan yang diberikan selama ini. Salam sayang dari warga RPHK untuk semua....
Anak anak yatim dan miskin  serta ibu tunggal yang bernaung di bawah RPHK bersama tetamu yang sudi untuk melawat dan memberi sumbangan.

Antara syarikat koperat yang prihatin UMW Toyota telah menaja program berbuka puasa dan pakaian Hari Raya untuk anak anak RPHK

Solat berjemaah sangat di titik beratkan kerana ia boleh membentuk insan yang bertaqwa

Menerima sumbangan  dari pengacara TV7 dan isteri nya yang baru memeluk Islam

Dato Anthony Firdaus Bujang  memberi sumbangan Hari Raya




Kabin yang akan di gunakan untuk asrama pelajar lelaki  yang masih belum sempurna kerana tiada kelengkapan perabot seperti katil, almari dan rak buku.


.